BERGEDIL: SEJARAH & ASAL-USUL

Bergedil merupakan makanan pembuka selera yang popular terutamanya dari masyarakat Jawa. Siapa di sini suka makan bergedil?

 

Orang Belanda kali pertama tiba di kepulauan Nusantara ialah pada 1595, pada era Republik Belanda.

Selepas menawan Melaka pada 1641, Belanda mendapat tapak kukuh untuk menjadi kuasa dunia dan kapitalis terbesar dalam sejarah, Syarikat Hindia Timur Belanda (VoC) jadi kukunya.

Kekayaan VoC serta menjadi masyarakat kapitalis merchantilis, menjadikan Belanda kuasa besar dunia pada 1600an.

Tokoh pemikir seperti Erasmus dan Jan Standonck membentuk pemikiran bangsa Belanda, menjadi sebuah masyarakat yang progresif.

Apabila Belanda tiba di Kepulauan Nusantara, mereka membawa tanaman yang mereka makan ketika berperang dengan Sepanyol; kentang.
Di Belanda ada satu makanan tradisi yang berasal dari Denmark dan Utara Jerman yang diberi nama frikadeller.

Frikadeller ini sebenarnya meatball IKEA versi penyek. Di Sweden bentuk bola, di Denmark bentuk penyek. Itu sahaja bezanya.

Satu hari, dua orang tukang masak berbangsa Jawa yang bekerja di rumah salah satu pegawai Belanda mendapat arahan dari tuannya untuk memasak frikadeller.

Tetapi daging untuk membuat frikadeller tak cukup. Yang ada cuma kentang yang begitu banyak, tak tahu nak buat apa.

“Waduh, gawat ni kok!”
“Nopo?”
“Daging sapi ora cukup?”
“Nambah kentang yo. Ngomong kita ora duwe sapi.”

Dua tukang masak ini nekad merebus kentang dan sedikit daging yang tinggal untuk membuat frikadeller.

Lidah orang Jawa tidak tahu menyebut bahasa Belanda, frikadeller menjadi perkedel. Sampai di kawasan Melayu, ia pun jadi perkataan ‘bergedil’.
Hari ini bergedil digunakan untuk menjadi penambah makanan untuk soto ayam, nasi tumpeng atau sekadar lauk untuk nasi putih.

Hari ini kita ada bergedil kentang, jagung, sardin, dan tauhu.

Leave a comment